Watak : KIM MUNGSOO
, KANG HYEMIN , NAM WOOHYUN, JO YOUNGMIN, JO KWANGMIN
- Waktu pagi
“Aduh,sakitnyalah kepala aku..”kata Hyemin sambil mengurut kecil di
kepalanya. Dia menuju ke pintu lalu menghirup udara segar seperti selalunya.
Tiba-tiba kelakuannya terhenti apabila seorang lelaki berada di
hadapannya sambil tunduk memberi hormat. Dengan dahi yang kerut,Hyemin hanya
tersenyum sebelum melangkah masuk ke biliknya.
- 30 minit kemudian
Hyemin menuju ke luar laman sambil mengikat rambutnya yang separas
pinggang. Pemuda tersebut masih lagi berada disitu sambil menghulurkan
sebungkus plastik yang dibawanya sebentar tadi. Hyemin dengan wajah yang
tertanya mengambil bungkusan tersebut. Setelah itu,pemuda tersebut mula melangkah
pergi.
“Hye..Awak..nak pergi ke mana?”soal Hyemin sambil mengejar pemuda
tersebut.
Pemuda tersebut terus melangkah tanpa menghiraukan persoalan Hyemin.
- Kebun
“Ehh,Cik Kang..berat tu. Biar Mungsoo yang bawakan..”kata makcik Gong
apabila dia terlihat Hyemin sedang membawa sebakul besar yang berisikan jagung.
“Tak apalah,makcik Gong..Saya boleh bawa”kata Hyemin dan menuju ke
tempat buah-buahan.
Pada waktu itu juga,pemuda yang bersama Hyemin pada pagi tadi terus
mengambil bakul tersebut dari tangan Hyemin. Hyemin hanya melihat.
“Terima kasih..”kata Hyemin setelah pemuda tersebut menempatkan bakulan
tersebut.
“Cair nampak,Cik Kang…”kata Taehin tiba-tiba. Entah dari mana budak ni
muncul.
Sudah hampir 4minggu Hyemin dan
pembantunya,Choi Taehin berada di kampung tersebut.Kesemua penduduknya mesra
dan suka bergaul. Begitu juga dengan mereka berdua kecuali Mungsoo. Setiap kali
Hyemin ingin berbual dengannya,Mungsoo akan melarikan diri. Hari semakin
berlalu..
- Rumah makcik Gong,Halaman luar(malam)
Mungsoo duduk berseorangan di tepi tembok bersama buku nota kecil.
Hyemin mendekatinya secara senyap-senyap.
“Awak buat apa tu? Cantik lukisan awak ni. Boleh saya tengok?”soal
Hyemin sewaktu berhampiran dengan Mungsoo. Dengan wajah yang agak terkejut,Mungsoo
mula meninggalkan kawasan tersebut.
“Awak nak pergi ke mana?!”Hyemin menggengam tangan Mungsoo sambil
memandangnya. Langkah Mungsoo terhenti.
“Saya ni menakutkan sangat ke? Sampaikan awak nak larikan diri ni. Saya
bukannya nak makan awak pun..”kata Hyemin,dia melabuhkan punggungnya di tepi
tembok begitu juga dengan Mungsoo.
“Dah hampir sebulan saya kat sini. Saya tak pernah pun berbual dengan
awak. Awak benci saya ke?”soal Hyemin disebelah kiri Mungsoo.
Mungsoo memandangnya seketika sebelum menulis sesuatu di buku nota.
Hyemin hanya melihat kelakuannya. Kemudian,Mungsoo menghulurkan buku nota
tersebut kepada Hyemin. Dengan perasaan yang ingin tahu,Hyemin mula membaca.
“Maafkan saya. Saya bukannya bencikan awak. Cuma..saya malu. Saya ni
bisu”hati Hyemin berkata sewaktu membaca tulisan Mungsoo. Hyemin mula berasa
bersalah dan simpati.
“Maaf,Mungsoo.. Saya tak tahu pun yang awak memang tak boleh bercakap..”kata
Hyemin dengan wajah yang bersalah. Tanpa disedari air mata Hyemin mula menitis.
“Tak apa pun.. Kenapa awak menangis?!”Buku nota tersebut kembali ke
tangan Hyemin.
“Saya bukannya menangis..Cuma terharu..”kata Hyemin yang masih lagi bersedih.
Mungsoo terus mengelap air mata Hyemin dengan tangannya.
Sejak kejadian tersebut,Hyemin dan Mungsoo semakin rapat. Walaupun
menggunakan buku nota milik Mungsoo. Perbualan antara mereka berdua tidak
pernah menjadi halangan.
- Selepas berapa bulan kemudian
“Terima kasih,makcik Gong atas segala-segalanya..”kata Hyemin begitu
juga dengan Taehin.
“Sama-sama. Lepas ni rajin-rajinlah datang ke sini lagi..”kata makcik Gong.
“Saya ke sana dulu..”kata Hyemin dan menuju ke arah Mungsoo.
“Awak sedih ke?”soal Hyemin sebaik sahaja berada di kawasan Mungsoo.
Mungsoo hanya menggelengkan kepalanya.
“Saya dah nak pergi ni. Awak tak nak ucapkan selamat tinggal..”kata
Hyemin.
Seperti biasa Mungsoo hanya menulis sesuatu di buku nota kecil lalu Hyemin
membacanya.
“Saya harap kita akan bertemu lagi dan jangan lupakan saya. Awak jaga
diri ^_^”
“Hmm,baiklah..saya janji. Saya tak akan lupakan awak” Itulah kata-kata
terakhir Hyemin kepada Mungsoo. Sudah hampir sebulan Hyemin meninggalkan kampung
tersebut.
- Ruang tamu
Youngmin , Kwangmin, dan Hyemin jalan beriringan memasuki ruang tamu.
Youngmin melabuhkan punggungnya di sofa sambil menarik tangan Hyemin dan di
ikuti oleh Kwangmin,adik kembarnya.
“Kenapa Ayah,Ibu?”soal Youngmin selaku abang sulung.
“Malam ni ada tetamu. Terutamanya untuk Hyemin..”kata Ayah mereka.
Hyemin yang sedang meneguk kopi tersedak.
“Okay tak?”Tanya Kwangmin disebelah kiri Hyemin. Hyemin hanya
mengangguk.
“Keluarga Nam akan datang.. mereka nak meminang Hyemin untuk anak
tunggal mereka. Jadi..”belum sempat Ibu mereka berbicara. Hyemin memotong.
“Apa?! Ayah dengan Ibu tak bincang dengan Hyemin dulu. Kenapa tiba-tiba
pula?”Kata Hyemin dan meninggalkan tempat tersebut. Youngmin dan Kwangmin
saling berpandangan.
Majlis peminangan tersebut tetap diteruskan walaupun Youngmin dan
Kwangmin memaksa ibu mereka agar tidak diteruskan. Apakah daya,ibu mereka tidak
berhak untuk membantah melainkan ayah mereka sendiri.
- Luar halaman
Hyemin menuju ke luar halaman dan di ikuti oleh Woohyun.
“Terima kasih,Hyemin..sebab sudi terima lamaran ni”kata Woohyun sebaik
sahaja berada di tempat Hyemin.
“Almost welcome..lagipun family kita memang dah kenal lama”kata Hyemin
dengan senyuman yang dipaksa.
“Urmm,saya tak tahulah..waktu kecil-kecil dulu kita berjanji akan
bersama. Akhirnya tercapai juga. Mungkin,ni dinamakan jodoh..”balas Woohyun
dengan nada yang senang. Hyemin hanya berharap agar perkara tersebut tidak akan
berlaku.
Beberapa minggu seterusnya,Ibu Hyemin telah dikejarkan ke hospital
kerana menghidap serangan jantung. Berapa hari kemudian,ibunya telah meninggal
dunia.
- Rumah Agam
“Mungkin ni yang terbaik untuk
kita semua. Hyemin janganlah bersedih lagi”kata Youngmin. Hyemin terus bersedih
dalam pelukan Youngmin.
Pada waktu yang sama,Woohyun menghampiri tempat tersebut. Dengan isyarat
Kwangmin. Mereka berdua meninggalkan Hyemin bersama Woohyun.
Woohyun melabukan punggungnya di sebelah kanan Hyemin.
“Kalau awak nak nangis. Nangis je..saya akan di sini,temankan
awak..”kata Woohyun. Hyemin memandangnya seketika sebelum melabuhkan kepalanya
di bahu Woohyun.
- Laluan dari syarikat,waktu petang
Sejak kematian ibunya,Hyemin selalu muram dan jarang bercakap dengan
orang lain. Dia memandang ke arah luar tingkap kereta. Tiba-tiba pandangannya
terhenti pada sesuatu.
“Mung..soo?!”katanya sendiri dengan sedikit kehairanan.
“Itu pasti Kim Mungsoo.. Pakcik Lim,berhenti…”kata Hyemin. Sebaik sahaja
kereta tersebut berhenti di tepi jalan. Hyemin terus membuka pintu kereta
tersebut dan terus berlari mencari Mungsoo tanpa memandang ke kiri mahupun ke
kanan semasa melintas.
- Namsan
“Mana dia?!”bisik hati Hyemin sambil biji matanya tercari-cari kelibat
Mungsoo.
“Takk..kanlah..”Hyemin berhenti di tengah-tengah taman tersebut dengan
perasaan yang larah. Air matanya turut mengalir bersama air hujan yang
membasahi tubuh badannya.
“Tak mungkin aku salah nampak?!! Itu pasti Mungsoo..”Hyemin bermonolog
dalam tangisannya. Secara tiba-tiba keadaan Hyemin seperti dilindungi daripada titisan air
hujan. Dia memandang ke belakang untuk melihat siapa dan apakah itu.
Alangkah terkejutnya,Mungsoo kini benar-benar berada di hadapan Hyemin,
bersama sekaki payung yang sedang melindungi tubuh badannya daripada titisan air hujan yang semakin lebat.
Sejak pertemuan Hyemin dan Mungsoo semula. Hyemin semakin gembira dan
ceria. Tanpa menghiraukan perasaan sedihnya selama ni. Tinggal beberapa bulan
lagi sebelum Hyemin bergelar isteri kepada Nam Woohyun.
- Rumah Agam,ruang tamu
“Apa yang kamu cakapkan ni? Kamu tahu tak?”tanya Encik Kang Shinho
kepada anak perempuannya,Kang Hyemin.
“Disebabkan saya tahulah..saya nak batalkan perkahwinan saya dengan Woohyun.
Saya tak rasa dengan ikatan kami berdua..saya boleh mencintai Woohyun..”Hyemin
yang cuba menjelaskan kepada ayahnya.
“Ni sebab kamu mencintai budak bisu tu..cuba kamu fikir bagaimana
sekiranya kamu sakit atau dia perlukan
pertolongan. Bolehkah dia menjerit dan bercakap untuk meminta pertolongan?
Dengar sini,Hyemin.. Tinggal dua minggu lagi sebelum kamu menjadi isteri kepada
Woohyun. Kamu jangan buat perkara yang menyakitkan ayah. Sekiranya kamu tetap
terus bersama Mungsoo.. Ayah akan hantar dia ke luar Negara..”katanya dengan
bengis dan berlalu pergi. Hyemin hanya berdiri disitu bersama air mata dan
perasaan yang sedih.
- Kampung Nam Chi Yoon
Hyemin dan Mungsoo jalan beriringan pada petang sabtu hari itu. Mereka
menuju ke kawasan kebun.
“Saya tak tahu dah berapa lama saya tinggalkan kampung ni..”kata Hyemin
yang melihat sekeliling.
“Mungsoo,sebenarnya saya nak bagitahu awak sesuatu yang perlu awak
ketahui..”kata Hyemin lalu melabuhkan punggungnya di tepi tembok pagar bersama
Mungsoo. Mungsoo hanya menanti perbicaraan Hyemin.
“Sebenarnya..saya..”Hyemin menghentikan bicaranya dengan mengambil
sepucuk surat yang dihiasi dengan tulisan yang menarik lalu Mungsoo membacanya.
Mungsoo memandang wajah Hyemin seperti tidak percaya.
“Saya akan berkahwin..esok malam..maaf Mungsoo.. Saya harus pergi
sekarang..”kata Hyemin dan berdiri dari tempat duduknya.
“Annyeong,Kim Mungsoo..”kata Hyemin dan berlalu pergi. Mungsoo hanya
terkaku.
“Saya berharap..awak tak akan
hadir ke majlis perkahwinan itu. Sekiranya awak ada..awak betul-betul dan tulus
mencintai saya..”bisik
hati Hyemin sebelum menaiki kenderaannya.
- Hari perkahwinan Hyemin dan Woohyun.
“Adakah awak bersetuju ingin mengahwini Cik Kang Hyemin?”tanya juru
nikah.
“Saya bersetuju dengan setulus hati saya”jawab Woohyun.
“Cik Kang Hyemin?!”Hyemin hanya mengangguk setuju walaupun hatinya
begitu berat.
Tiba-tiba terdengar satu bunyian yang cukup kuat dari luar perkarangan
hotel. Ramai orang berkumpul untuk melihat
sesuatu. Kwangmin berlari tergesa-gesa menuju ke arah Hyemin dan Woohyun
yang hendak menyarungkan cincin perkahwinan.
“Hyemin sshi~ Mungsoo..Mungsoo..”katanya dengan tergagap.
“Kwangmin oppa..kenapa dengan Mungsoo?!”tanya Hyemin yang ingin
menyarung cincin ke jari Woohyun. Wajahnya penuh dengan pertanyaan.
“Mungsoo..dia..terlanggar dengan kereta..”jawab Youngmin dengan wajah
yang agak cemas.
Sebaik sahaja mendengar perkataan tersebut. Jantung dan hati Hyemin
seperti hendak luruh sahaja. Dia berlari menuju ke luar pintu tanpa
menyarungkan cincin di jari Woohyun dengan sepenuhnya.
Youngmin dan Kwangmin sama-sama
menuju ke pintu hotel,mengejar Hyemin yang sedang berlari di hadapan. Begitu
juga dengan ayah Hyemin,Woohyun dan kedua ibu bapanya.
“Mungsoo..yayy.. Kim Mungsoo…tolonglah..”jerit Hyemin sebaik sahaja
berada di kawasan Mungsoo terlantar.
Hyemin menitiskan air mata seperti air hujan sahaja. Dia mengangkat
kepala Mungsoo yang dipenuhi dengan darah.
“Mungsoo,buka mata awak..Mungsoo..”jerit Hyemin sambil mengerakkan tubuh
badan Mungsoo. Mungsoo dikejarkan ke hospital sebaik sahaja Woohyun mengambil
kunci kereta.
- Hospital
Mereka semua menunggu di luar bilik pembedahan. Hampir seluruh bahagian
baju pengantin Hyemin dipenuhi dengan darah Mungsoo. Hyemin menangis dalam
pelukkan abangnya,Youngmin dan Kwangmin.
Selepas beberapa jam kemudian,Hyemin di minta masuk ke dalam wad
Mungsoo. Hyemin menarik tangan Woohyun untuk mengikutinya. Hyemin duduk
disebelah kanan Mungsoo.
“Terima kasih,Mungsoo..awak sudi datang pada hari perkahwinan
saya..”kata Hyemin yang sedang menahan tangisannya.
Tiba-tiba Mungsoo membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang wajah
Hyemin dengan senyuman yang sukar difahami. Dia menghulurkan tangannya yang
dari tadi digengam erat olehnya ke tangan Hyemin. Hyemin menyambutnya dan..
Mungsoo terus menutup matanya dengan rapat. Hyemin semakin cemas apabila nadi
nyawa Mungsoo terhenti secara tiba-tiba.
“Mungsoo sshi~ Mungsoo.. Woohyun,kenapa Mungsoo tak bangun??
Mungsoo..”kata Hyemin sebelum dia menangis.
Rupa-rupanya Mungsoo sudah meninggal dunia pada malam Isnin bersamaan
03:45 pagi. Hyemin menangis tersedak-sedak dan dipeluk oleh Woohyun. Hyemin
mengenggam barang yang diberi oleh Mungsoo buat kali terakhir. Ternyata barang tersebut
adalah seutas rantai yang berbentuk 8 melintang iaitu menujukkan
I always be on your side forever,Saranghae~



