Jul 14, 2013

Inconvenient Truth




Character : Hyungsik, Daehyun, Gongchan, Ji Hyun, Naeun, Krystal

*      University
“Petang nanti kita jumpa..tempat biasa ok~dear”kata Hyunsik kepada Ji Hyun.

“Kau jumpa Hyungsik lagi erk?”tanya Naeun sebaik sahaja Hyungsik beredar dari tempat Ji Hyun.

“Macam kau nampak tadi..”jawab Ji Hyun bersahaja.

“Ji Hyun, dah berapa kali aku cakap. Jangan jumpa si Hyungsik tu lagi. Aku tak tahu nak cakap guna bahasa apa ni? Kata Naeun disebelah  kanan Ji Hyun. Mereka melepasi  kelas fizik.

“Guna je lah bahasa  biasa…”kata Ji Hyun sambil memandang sahabat baiknya.

“Kau ni.. main-main pula”marah Naeun dan terus menuju ke library. Ji Hyun mengikutinya dari belakang.

  •       Taman Namsan

“Manalah orang ni.. Asyik lambat je. Tak kot make-up”kata Ji Hyun yang dari tadi melihat jam tangannya.

“Hai awak~ Sorry lambat.. Jalan sesak..”kata Hyungsik yang baru sahaja sampai.

“Tak apa,lagipun saya baru  sahaja sampai..”kata Ji Hyun yang menutup kesalahan Hyungsik.

“Ok,sekarang kita nak pergi mana dulu?”tanya Hyungsik sambil mengilap peluhnya.

“Nah ambil tisu ni. Dah macam mana kena kejar je..”Ji Hyun yang berdiri di hadapan Hyungsik berwajah kerut.

“Tak adalah,orang terkejar-kejar nak jumpa buat hati dia,kan..”kata Hyungsik yang masih mengilap peluh di wajahnya.

“Urmm,yeyelah tu..Jom”kata Ji Hyun dan terus menglangkah ke hadapan. Hyungsik mengejarnya.

“Saya Sayang Awak~”kata Hyungsik di telinga Ji Hyun seolah-olah berbisik.

  •       Hadapan Rumah Ji Hyun(malam)

“Esok kita jumpa lagi erk?”kata Hyungsik di hadapan Ji Hyun.

“Bukan ke awak tak ada kelas esok?”tanya Ji Hyun.

“Laahh,tak bolehlah ni..”Hyungsik berwajah sedih.

“Mengada je..”kata Ji Hyun.

“Ermm yelah..nanti sebelum tidur saya call..”kata Hyungsik dan tiba-tiba handphonenya berbunyi. Hyungsik melihat skrin handphonenya seketika lalu menekan butang merah.

“Kenapa tak angkat?”tanya Ji Hyun.

“Tak penting pun..”jawabnya selamba.

“Urmm,yelah.. Saya masuk dulu.. Selamat malam”kata Ji Hyun dan menuju ke pintu. Hyungsik hanya melambai sebelum beredar.

“Sorry sayang..tak angkat call you tadi”bicara Hyungsik di handphone sewaktu meninggalkan kawasan perumahan Ji Hyun.

“Hmm,aku dah agak..”Ji Hyun bermonolog. Bicara Hyungsik di handphone sebentar tadi telah di dengari oleh Ji Hyun.

  •       Kelas Fizik

“Ermm,rasanya Daehyun pandang kaulah..”kata Naeun kepada Ji Hyun.

“Yeke? Mungkin dia pandang benda lain kot”kata Ji Hyun sambil menyalin nota yang diberikan oleh Mrs Myra.

“Betullah..dari tadi lagi. Tak kot..dia still ada feeling kat kau..”kata Naeun sambil memandang wajah Ji Hyun.

“Naeun..kau boleh tak jangan merepek..perkara tu dah lepas kayy~”kata Ji Hyun dan mula mengemas peralatan tulisnya.

“Baru tahun lepas kott~”kata Naeun seperti merendahkan suaranya.

“Naeun~ Dahlah tu..Jom pergi kantin”kata Ji Hyun yang kini berada di hadapan pintu.

“Ehh,Ji Hyun~ Tu..bukan ke??”kata Naeun tersingkat-singkat.

“Apa dia?!”jawabnya malas.

“Tu Hyungsik,kan? Kenapa Krystal ada kat situ?? Siap berpegang pula..”kata Naeun yang berhenti melangkah Ji Hyun hanya buat tak tahu dan terus melangkah.

“Ji Hyun..Hye,tunggulah..Setiap kali aku nak cakap tak pernah dia dengar betul-betul”kata Naeun dan terus mengejarnya.

  •       Makmal  Fizik

Ji Hyun berada di makmal fizik berseorangan selepas Mrs Myra meninggalkannya . Dia sedang menyiapkan tugasan terakhir sebelum di hantar kepada lecturer. Pintu makmal di ketuk dari luar dan Daehyun berada di muka pintu.

“Urmm,Mrs Myra ada?”tanya Daehyun kepada Ji Hyun setelah sekian lama mereka tidak berbicara.

“Ohh,dia dah balik baru je..”jawab Ji Hyun dan terus melanjutkan kerjanya.

“Boleh awak bagi kat dia nanti..”kata Daehyun sambil menghulurkan kerja tugasan yang sudah di siapkannya.

“Ohh,boleh..”jawab Ji Hyun ringkas dan meletakkan kerja tugasan tersebut di meja Lecturer.

“Ohh,ya.. Awak,tak balik lagi ke?”tanya Daehyun.

“Nak balik dah ni..”jawabnya ringkas sambil mengemas kertas-kertas yang berselerak.

“Ji Hyun..kalau kita mulakan..maksud saya kita perbaiki hubungan kita semula…”kata Daehyun tiba-tiba. Ji Hyun memotong perbicaraannya.
 
“Daehyun,perkara tu dah lepas. Tak perlu di ungkit lagi. Saya pergi dulu.. Bye~”kata Ji hyun dan beredar dari kawasan tersebut.

  •       Gangnam Road

“Entahlah..aku tak tahu nak cakap macam mana kat Ji Hyun. Setiap kali aku cakap pasal Hyungsik..dia buat tak tahu..”kata Naeun kepada Gongchan.

“Ehh,jap..Asal kau ni beriya-iya sangat nak Ji Hyun tahu pasal si Hyungsik ni?? Jangan-jangan kau in love with her?”serang Naeun. Gongchan yang sedang menikmat ais krimnya terhenti.

“Kenapa kau fikir macam tu pula?”tanya Gongchan.

“Dari cara kau pun aku dah tahu. Aku bukannya apa. Just kesan kat Ji Hyun. Asyik dipermainkan je. Lebih-lebih lagi si Hyungsik tu. Dulu time Ji Hyun dengan Daehyun beriya-iya nak Ji Hyun tu clash dengan Daehyun. Sekarang..tengoklah..siap ada girlfriend lain kot. Kalau boleh..dah lama aku cekik-cekik si Hyungsik tu..”kata Naeun yang sambil memegang leher Gongchan seperti hendak mencekiknya sahaja.

“Kau nak bunuh aku ke?”kata Gongchan yang seperti separuh nafas sahaja.

“Ehh,sorry..terbawa-bawa pula..”kata Naeun tersenyum seperti kerang busuk sahaja.

  •       Library

“Hai,dear..busy ke?”tanya Hyungsik disebelah kanan Ji Hyun.

“Urumm,taklah sangat..”kata Ji Hyun tanpa memandang wajah Hyungsik. Dia menuju ke bahagian Gongchan.

“Kertas tadi dah print ke?”tanya Ji Hyun  kepada Gongchan.

“Oh,dah..ni”Gongchan menghulurkan kertas tersebut.

“Terima kasih,Gongchan”kata Ji Hyun dengan senyuman. Dia menuju ke tempatnya semula.

“Ehh,buat apa kat situ? Dah lama ke?”tanya Ji Hyun yang baru perasan akan kehadiran Hyungsik.

“Dah lama kot orang kat sini. Tak perasanlah tu..”kata Hyungsik seperti memerlinya sahaja.

“Urmm,yelah..mata orangkan terlalu besar..sampaikan orang tu tak ternampak…”kata Ji Hyun lalu melabuhkan punggungnya di kerusi.

“Sayang,Jom pergi makan?”kata Hyungsik.

“Awak tak makan lagi ke?”tanya Ji Hyun dengan dahi yang berkerut.“Suka sangat buat dahi macam tu. Kiss kang,baru tahu..”buli Hyungsik.

“Elekk~Buli orang je tahu..”balas Ji Hyun.“Awak,Jomlah pergi makan..”pujuk Hyungsik dan pada saat tu juga handphonenya berbunyi. Dia memandang Ji Hyun.

“Angkat je..”kata Ji Hyun dengan suara yang agak lembut.

“Hello?”kata Hyungsik sebaik sahaja mengangkat panggilan tersebut.

“You kat mana? Kata nak jumpa tadi? Dah lama I kat sini..”suara dari handphone Hyungsik kedengaraan oleh Ji Hyun.

“Ohh,sorry.. I turun sekarang..”jawab Hyungsik lalu mematikan handphonenya.

“Ermm,awak…saya ada hal. Sorry erk,dear?”kata Hyungsik yang berada disebelah kanan JiHyun.

“It’s okey. Saya tak apa-apa pun. Pergilah..”kata Ji Hyun dengan wajah yang tenang.
  •       Konkuk University (pintu masuk)
“Ji Hyun,boleh tak kalau kau dengar betul-betul apa yang aku nak cakap ni..”kata Naeun  seperti hendak menjerit sahaja.
“Urmm,yelah..aku dengar. Apa dia?”kata Ji Hyun yang menghentikan langkahnya. Pada waktu tu juga,Hyungsik bersama Krystal melalui dewan.
“Tengok tu,Ji Hyun. Hyungsik hanyan permainkan kau sahaja. Dia kata saying,cinta kau seorang..tu semuanya tipu. Dia tak jujur,Ji Hyun…”kata Naeun di sebelah kiri Ji Hyun.
“Naeun..sebenarnya,aku dah tahu semua tu. Sebelum kau bagi tahu aku. Aku hargai sebab kau risau akan aku. Terima kasih,Naeun..  Kau memang kawan yang terbaik.”kata Ji Hyun sambil memeluknya lalu beredar meninggalkan kawasan tersebut.
“Ji Hyun,mana kau tahu? Gongchan yang bagi tahu ke?”tanya Naeun. Ji Hyun hanya menggelengkan  kepalanya.
“Jadi..sekarang kau nak buat apa? Tak kot buat tak tahu je..”tanya Naeun ingin kepastian.
“Ermm,biarlah dia sendiri yang cakap..”kata Ji Hyun dengan ringkas.
  •       Taman rehat University
Hyungsik dan Ji Hyun membuat kerja tugasan bersama-sama.
“Ji Hyun,saya..sebenarnya..nak bagi tahu awak sesuatu..”kata Hyungsik disebah Ji Hyun.
“Bagi tahu apa?”tanya Ji Hyun. Saat tu juga,Krystal muncul di hadapan mereka.
“Hyungsik..apa you buat dengan perempuan ni?”tanyanya sambil mengeling ke arah Ji Hyun.
“Krystal,jangan buat hal kat sinilah..”kata Hyungsik yang bangun dari tempat duduknya.
“I yang buat hal atau you yang buat hal? Patutlah,setiap kali nak keluar..you akan lewat…bagi alasan..rupa-rupanya you ada perempuan lain.. Dengar sini,perempuan..”
“Aku memanglah perempuan..tak kot pondan..dah sah-sah dia nampak aku perempuan..nampak sangat tak bijak..”Ji Hyun bermonolog dalam hatinya.
“Hyungsik adalah tunang I. You jangan nak menggedik kat dia. Dasar perempuan murahan..”kata krystal dengan nada yang tinggi dengan perasan yang marah berluak-luak.
“Ciss,macamlah dia tahu harga aku berapa. Suka-suka je..”Ji Hyun memandang wajah Krystal penuh dengan wajah yang masam mencuka.
“Jung Krystal!!!”tengking Hyungsik. Krystal tersetak begitu juga dengan Ji Hyun yang berada di sebelahnya. Jantungnya seperti berlari sahaja.
“Apa you cakapkan ni? Why you not  respect others privacy?! Kalau macam nilah sikap you..I akan..I will cancel our engagement “ kata Hyungsik di hadapan Kyrstal.
“What? How dare you do like that,Hyungsik? Because of this girl you wanna cancel our engagement.. This is not really unfair.. You very cruel,Hyungsik.. I hate you.. You akan menyesal nanti..”kata Krystal dan berlalu pergi bersama perasan yang amat marah.
“Sorry dear..awak terpaksa lihat semua ni.. maafkan saya sebab menduakan awak. Perkara ni tak akan berlaku if not our family plan. Sorry,Ji Hyun. I am just only love you,saranghae..”kata Hyungsik lalu mencium dahi Ji Hyun.
END
By:minhori min
06may2013